8/2/09

Berita : Yasmin Ahmad meninggal dunia


Saya memetik berita dari Utusan Malaysia ini kerana kita dikejutkan dengan berita Yasmin Ahmad, Pengarah filem dan iklan yang terkenal, 51 terkena strok ataupun angin ahmar.. Tiada sebarang petanda seseorang itu akan terkena angin ahmar. Sungguh dahsyat penyakit ini sehingga tiba2 seseorang itu hilang kawalan lalu jatuh dan boleh membawa kepada kematian.. Kita hanya boleh berdoa agar kita mendapat keberkatan umur dan diakhiri dengan husnul khotimah.. Insya Allah.. :-)
Untuk Allayarhamah Yasmin Ahmad moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di dunia sana dan takziah buat keluarganya atas ketiadaan beliau. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun..

Yasmin Ahmad meninggal dunia
26/07/2009 12:39am

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.


Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.


Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

Sejarah Angin Ahmar dan Doa

Dipetik dari buku DOA-DOA KUBRA & FADILATNYA
Penulis Drs. Hj. Hanafi Mohamed, MA
Penerbit : Al- Hidayah
Bulan lepas semasa cuti semester saya terpanggil untuk membaca buku doa ini di rumah ..sebabnya dalamnya hanya terkandung 5 doa tapi agak teballa pulak ..ada la dalam 67 m.s.
Antara 5 doa ini termasuklah:
1. Doa Nurun Nubuwwah
2. Doa Akasyah
3. Doa Kanzul 'Arasy
4. Doa Ar- Rihul Ahmar
5. Doa Istighfar Kubra
Banyak fadhilatnya setiap doa nie dan setiapnya pulak ada asbab nuzul masing2. Biasanya hanya ada tajuk dan doa je. Saya sangat tertarik dengan membaca baca sejarah wujudnya angin ahmar. Rupa2nya begini ceritanya. Saya je yang tak tahu. Selalu dengar ada org kena angin ahmar/ strok seluruh badan/ separuhla/ certain anggota. Hmm...cuma persoalan saya di sini .. penulis tidak menyatakan sumber sanad dan matan periwayatan hadith ini dari mana puncanya. Aiyoo..rugila pulak tak tahu nie.. sejauh mana kesahihannya.. Tapi bersyukur boleh tau sejarahnya..Alhamdulilah :-) Hmm kena tengok website Darussyifa rasanya nanti. Andai ada sesiapa terbaca blog ini bolehla gitau saya yer kalu tahu. Selamat membaca doa. Moga kite terselamat dari bencana Angin Ahmar ini. Wallahu A'lam.
Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya maka melalui Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s.. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba terlintas dalam hatinya siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Dengan takdir Allah, pada ketika itu menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang dengan sinaran mata yang berapi-api. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Rihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari segala penyakit yang lain yag ada di dunia ini.

Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal. Nabi Sulaiman a.s. segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Rihul-Ahmar itu; namun lembaga itu berkata bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilangkan dirinya.

Angin Ahmar muncul kembali di zaman Nabi Muhammad SAW hingga ke zaman sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, Angin Ahmar pernah menyerang cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali sehingga keluar darah dari rongga hidungnua. Ketika itu turun Malaikat Jibril a.s dan memberitahu baginda bahawa cucunya terkena penyakit Angin Ahmar, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa yang mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya.

FADHILATNYA

1.Selamat Dari Terkena Penyakit

Barangsiapa membaca doa Angin Ahmar ini walaupun sekali dalam seumur hidupnya. insya Allah nescaya terselamat dari terkena penyakit Angin Ahmar atau Angin Merah.

2. Selamat Dari Mengalami Penyakit Angin Ahmar Dari Berterusan.

Diriwayatkan bahawa ketika cucunda Rasulullah SAW membaca doa Angin Ahmar dengan sebentar sahaja sembuhlah Saiyidina Hassan, dapat bangun dan berdiri serta hilang dari sakit yang dialaminya. Baginda lalu menyuruh pada sahabatnya agar membaca doa ini dan mengajarkan Doa ini kepada umat Islam.

Barangsiapa yang pernah mengalami penyakit Angin Ahmar, maka hendaklah sentiasa membaca doa ini agar dapat diringankan atau disembuhkan dengan izin Alla.

Cara lain untuk merawat penyakit Angin Ahmar ialah dengan menulis seluruh Doa tersebut dengan dakwat yang bersih pada cawan atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum, disapu atau diusap pada seluruh anggota badan yang terkena penyakit tersebut atau dibuat mandi.

Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR












Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
Dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah;Tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.


Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…