7/26/09

Syariah is my choice..;-)

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya aku masih lagi dikurniakan nikmat iman dan ihsan (ni ayat copy and paste time kat KISAS dulu) masih hidup ke hari ini..masih mampu meneruskan pengajianku di bumi UIA ini ..atau dikenali sebagai Taman Budi dan Ilmu...Next week adalah minggu ketiga..belajar Shariah (LLB_S) Semester 1 2009/2010...jadi tinggal lagi 11 minggu ke penghujung semester ini..dengan berbaki masa yg ada ini harapnya aku dapat memanfaatkan masa dgn belajar subjek syariah dgn baik..

Intro sikitlah belajar syariah ni cemana…
Best sgt..blaja tak stress langsung memandangkan yg mengajar adalah ustaz-ustaz..Tapi bukan calang2 org jugak..yang ajar kiteorg nie..ada bekas mufti KL dan ada yg Dato’2.phuh betol.arab pun cayaq.. Adoi tapi yg segannya..tak pandai cakap arabla..huhu..nila kelemahan ku..kecut jugak bile lecturer tanya (ma taqul- ape pendapat kamu sambil menuding ke arah kite)..ape nak jawab semua ilang..huhu..
Dalam kelas kami semuanya ada 36 org ..7 lelaki dan 29 perempuan
Class Rep : Abg Ubaidillah
Assistant : Kak Bil
Treasurer : aku sendiri ..duk keje mengutip duit...(sape nak bayar meh sini) dan pulangkan duit..hehe..tak susah sgt jd bendahari dalam kelas syariah student nie..semua ringan tangan membayar dan tolong peringat balance.. lagipun budak2 syariah..inshaAllah mesti boleh percaya..minggu ketiga boleh setel punye semua pembayaran nie..InshaAllah..

Ada 6 subjek yg best2 belajar sem nie..kene bercinta dulu ngan subjek nie..hehe baru mdh sikit rasenye..

1. Usul Fiqh 5
2. Asbab Ikhtilaf
3. Nusus Fiqhiyyah
4. Fiqh Al- Muqaran
5. Ayatul Ahkam Wa Ahadithuha
6. Nizhom Al- Qodo’

Hmm sepanjang 2 minggu ni..even sekejap..tapi banyak benda yg telah belajar dengan syariah.. Biasala makin belajar makin banyak yg kite tak tahu..kire skrg ni macam mendalami Al- Quranul Kareem dan Sunnah Rasulullah SAW .. Bak kate org2 dulu belajar kitab2 kuning..tapi sekarang nie dah canggih..kitab kuning pun dah jadi putih.. bile potostat kuning jadi putih plak..siap ada hard cover yang cantek2..lagi menarik...:-)

Sekarang, kena wat revision balik dgn subjek2 yg blaja time 1st year dulu (Usul Fiqh) sebabnya ustaz selalu tanya balik .. “ Ma taqul” sampaila ade org yg berjaya menjawab soalan tu..adoi..yg pentingnya kena wat sesuatu balik..

Pelajar syariah di UIA nia makin lama makin sikit bilangannya..dari 2-3 kelas..sekarang hanya tinggal sekelas sahaja.. ada pendapat mengatakan degree syariah kat UIA nie tak laku..hehe.ade ke pulak cenggitu..malah dah establish lama dah 10 tahun dahulu pun dah ader..mungkin ada salah faham degree syariah di recognized di Malaysia..cuma isunya apabila nak digunakan untuk amalan guaman di sesetengah negeri

1. memerlukan DSLP (diploma syariah in legal practice )..seperti Selangor, N9..
2. ader juga yg hanya memerlukan LLB sahaja and ada xm ..
3. ada juga memerlukan Syariah sahaja dan exam bagi melayakan menjadi peguam syariah..(Kelantan dan kedah)

Hmm itu untuk isu syariah UIA...

Hakikatnya degree LLB_S sudah lama pun di"recognized" malah tmpoh pengajian lebih menjimatkan hanya belajar selama 2 semester panjang..tambah LLB n LLB_S sama dengan 5 tahun.. Cuma skrg nie isunya nak pendapat samataraf dgn DSLP ..mmg tak dapat lagi.. Hmm..jadi ramaila student syariah yg ambil keputusan untuk stop sampai degree LLB sahaje..dan buat DSLP..ader yg dapat tawaran keje..tgh2 ekonomi gawat saper nak lepas peluang.. Ade lepas belajar nak terus kerja n kawen.. Tepuk dada tanyalah nak sambung ka tak nak.. :-)
Hakikatnya..masing2 ader rezeqi dan cita2 masing2…

Anyway all da best sahabat2 ku di mana sahaja kalian berada.moga sentiasa diberkati, dirahmati dan diredhoi Allah selalu… Amin..

Hakikatnya yang sebenar..dalam pepatah hikmat arab
"Al-Ilmu bi La Amalin Kasyh Syajari bi La Thamarin"- takde font arabla plak..
maksudnya;
"Ilmu tanpa amal seumpama pohon yg tidak berbuah"

Marilah bersama2 kita amalkan dan realisasikannya..:-)

7/12/09

Muhyiddin: PPSMI gugat prestasi siswa

Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/108232

Jul 10, 09 3:59pm
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menggugat prestasi mahasiswa dalam bidang sains serta profesional.Beliau juga dipetik sebagai berkata sebelum PPSMI dilaksanakan, ramai pelajar berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, "bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya."Menteri pelajaran hari ini bagaimanapun berkata perubahan dasar itu - seperti di peringkat sekolah yang diumumkan beliau kelmarin - terserah kepada Kementerian Pengajian Tinggi, lapor Bernama."Di peringkat Tingkatan Enam... matrikulasi, memang komponen bahasa Malaysia itu digunakan di samping di situ juga terdapat kekuatan dalam bahasa Inggeris."Kita serahkan kepada (kementerian) Pengajian Tinggi untuk menentukan bagaimana caranya supaya proses itu akan sampai ke peringkat tertinggi walaupun di universiti sudah banyak terdapat penggunaan bahasa Inggeris."Kita mahu kemahiran berbahasa Inggeris (oleh pelajar) di peringkat itu mahir tetapi tidak mengetepikan kekuatan bahasa kebangsaan," beliau dipetik berkata.Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, diminta mengulas gesaan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) supaya dasar itu dimansuhkan secara menyeluruh termasuk di peringkat universiti - tidak seperti keputusan kerajaan yang hanya menghapuskan PPSMI di peringkat sekolah pada 2012. Keputusannya tidak dibuat secara terburu-buru dan gopoh, katanya lagi, tetapi setelah menimbang faktor yang penting untuk meningkatkan Bahasa Inggeris yang memerlukan persiapan sempurna dalam tempoh dua setengah tahun akan datang.Persiapan ini, menurut agensi berita itu lagi, termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir."Kita telah mengambil kira tempoh masa itu untuk membuat persiapan yang sempurna. Tidak boleh tergopoh-gapah dalam soal pendidikan ini. "Saya faham pejuang-pejuang bahasa ini kalau boleh esok mahu mulakan. Tetapi kita perlu realistik dan sebab itu kita menganjurkan tempoh itu," katanya selepas satu program di Kolej TAR di Kampar.Muhyiddin berkata tempoh dua setengah tahun sebelum PPSMI dimansuhkan mencukupi untuk membuat persiapan kerana "kerajaan tidak mahu mengulangi masalah sama ketika melaksanakan dasar tersebut sebelum ini".
komen:
...bagusla..harapnya kualiti pendidikan dari segi tenaga pengajar, pelajar dan kemudahan dapat dapat ditingkatkan dalam tempoh 2 tahun ini..tunggu dan lihat..
...kepada pelajar yg mengharungi PPSMI dalam tempoh 2 setengah tahun harapnya tabah meghadapinya dengan tabah..
..pejuang2 bahasa nie dah lama duk pike masalah PPSMI sejak zaman Tun Mahathir lagi cuma kerajaan nie lambat bertindak..saper yg tak realistik pun tak pasti ..awal2 dulu ..hari nie putus tahun depan laksana..adoi..mangsanya rakyat..walaupun terlalu ramai yg membankang..nak wat cemana zaman tue..jawabnye masuk ISA la...
..bila jadi camni mmgla ramaila menyokong sejak dari dulu lagi..saya pun menyokong..
Hakikatnya Bahasa Inggeris mmg pengunaannya global dan penting..tetapi perlaksanaannya bukan dengan melaksanakn PPSMI..ada matapelajaran BI..gunakanlah dan perkasakan matapelajaran tersebut..Pelajar di sek rendah dan menengah tak mampu menggunakan BI untuk memahami sesuatu konsep berbanding pelajar di universiti.. Kita akan lebih faham konsep apabila belajar dgn bahasa kite.. Perkara nie disokong oleh bangsa cina dan india..nak tanya sources..carila sendiri yek..hehe..
"BAHASA JIWA BANGSA"
"KE ARAH MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN dan MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS"

7/7/09

PERLUKAH ADA YG TERKORBAN DEMI PERLAKSANAAN DASAR KERAJAAN..ADOI!!

Kebiasaan kalu saya cuti semester apabia saya balik ke kampung saya di kedah saya akan ziarah sedara- mara yg duk dekat2. Satu hari saya pergi menziarah Mak Lang Syah (sepupu mak) dengan 2 org anak sedara yg baru balik dari oversea (bdk2 nie mmg cakap BI la) ini diolognya..

(Saling bertanya khabar..semua baik alhamdulillah..)

Saya : Apa khabar anak mak lang semua sihat..

ML : Alhamdulillah smua sihat. Kecik2 dah Pandai bdk2 nie cakap BI.

Saya: Ikut mak ayah dia gi UK , pandaila cakap.

ML : Cuma ML tengah geram ngn sedih dengan cikgu bahasa inggeris si Adam nie.. tahun depan nak UPSR..belajar dah sampai bulan 5 darjah 5..tapi latihan dalam buku..baru 5 helai..ishk2.

Saya : Adam nakal tak buat keje rumah kut.

ML : ML mmg selalu cek buku dia..dia mmg buat homework.. yg lain okayla.. tak der masalah..cume BI jer. Maklumla..BI nie penting..ML dah gie jumpe sendiri ngan cikgu b.inggeris..dia kata ini semua belajar yg dalam syllabus dalam buku teks.tapi takkan dari darjah satu sampai darjah 5 asik belajar verb (is,was,are,were) patutla tak berkembang budak2 nie. Kite yg belajarla BI takat SRP dulu..taula sikit2..belajar bahasa arab pun sama ngan b.inggeris bile ade tenses berubah cth dahola (entered ), yadhulu (enter) nak tunjukkan penggunaan masa tue. Nie.belajar benda tue..perkataan2 pun tak banyak pun ajar..

Saya : Betol2.

ML : Yang nie yg sedih, napelah cikgu2 kat kampong macam nie.

Saya : Patutnya cikgu kampong kena lebih usaha daripada di bandar..almaklumlah tugas cikgu nie mendidik anak bangsa. Kena pandai pelbagaikan teknik pengajaran..bagi budak2 tue seronok belajar.Adoi kalu camnie macam mana nak wat sains ngan matematik dalam BI. Merosotla budak2 nie.

Perbualan panjang lagi tapi nak tekankan di sini, di mana kualiti tenaga pengajar di kampung.

Ini baru jer satu citer..tak dengar citer lain.

Persoalan; Perlukah ada mangsa yg terkorban demi mencapai dasar baru kerajaan yang saya pasti beberapa tahun lagi akan berubah. Dasar yg dilaksanakan kurang berkesan rupe2nye. Nampak sangat tiada keseriusan kerajaan dalam mengatasi masalah yg sebenar dari akar umbi..

Renung-renungkanlah..

Sebenarnya bahasa nie bukan boleh pandai setahun dua..bertahun2 pun kalu balajar..tapi kalu sistemnya salah tak pandaila sampai ketua juga ..language ni is a matter of practice and study..tak perlula..semua subjek nak di jadikan dalam bahasa inggeris...math n science pun sebenarnya tak perlu dalam bahasa inggeris sebabnya DBP dah bertungkus lumus sejak 6 tahun dahulu sebelum perlaksanaan PPSMI nie..maka pada ketika itu BM akan menjadi bahasa yg unggul ..bahasa yg membentuk identiti kite..bahasa yg lemah lembut..bahasa adalah jiwa bangsa..bahasa yang menyatupadukan rakyat malaysia suatu ketika dahulu..

Cubelah 6 tahun dahulu diperkenalkan satu sistem pengajaran dan pembelajaran dalam english yg lebih efektif dengan cara teknik yang betul ...serta tak perlu kepada perlaksanaan PPSMI..saya rasa lebih berjaya..pastinya tidak ada yg terkorban..inshaAllah..

Sampai sekarang aper terjadi tengokla seperti dialog di atas..tak tanye masalah sosial dan akhlaq pelajar lagi..ishk2..tepuk dada tanyalah..sejauh mana ikhlasnye perlaksanaannya...

Saya nie pernah ke Beijing ada lawatan sambil belajar..bangganya menjadi rakyat cina..di sana sini ada bagunan yang mana reka bentuknya melambangkan kemegahan cina..iklan2 pun dalam bahasa cina..di malaysia kat KL/Putrajaya mana yer...reka bentuk bangunan semua dah moden ikut reka bentuk seni negara2 lain..INILAH MALAYSIA...nak tgk?? balik kampung tu pun kalu aderla..tgk muzium ker..inshaAllah ada..

20 akan datang..isu malu nak bertutur dalam bahasa malaysia?..anak cucu semua sudah berbahasa inggeris..malu nak berbahasa melayu..sebab kite ni dah dimomok2kan nanti dikatakan kolot..ketinggalan...erm..tak payah tunggu sekarang pun dah rasa dah..pada hal duk kat negara sendiri.. ISU 40 TAHUN AKAN DATANG BAGAIMANA NAK MEMBUDAYAKAN BAHASA MALAYSIA PULAK TIMBUL!! siapa tahu...negara kite dah dikuasai bahasa penjajah..huhu..di mana identiti kite..semasa itu..

Tinggalla bahasa MALAYSIA hanya di dalam buku...adoi sedeynye..MALAYSIA pun akan bertukar nama menjadi aper pun tak tau..dah semua nak tukar..Waallahua'lam...rasenya tak kut..

Hakikatnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia adalah ilmu Allah..Terokailalah sebanyak ilmu yg boleh dan mampu dicari..selagi hayat dikandung badan..Wallahu A'lam