11/25/09

Nasihat yg takkan ku lupakan.

1st sem syariah dalam kenangan takkan ku lupakan hingga ke akhir hayatku. Gelak tawa syariah students menahan karenah lawak ustaz2, tapi ustaz2 tu tetap maintain. Aku pasti bukan setakat aku sorg berperasaan sebegini. Pasti semuanya begitu. Kehadiran pelajar setiap kelas pasti penuh. Aku termasuk juger. Cume kekadang tue sorg dua org jer takder. Semua pelajar datang walaupun tak paham blaja dalam kelas sbbnya blaja dalam Bahasa Arab. Bukan bermakna tak faham langsung. Tapi tak berapa faham jer.hehe. Bile balik kelas kena bukak balik kitab wat notes and discuss ngan kengkawan. Begitula rutin sebelum test dan final xm. Sem nie boleh dikatakan sem honeymoon. Takder presentation and ustaz2 pun bebaek jer semua. Takderla cam civil dulu. Kenangan indah, perit meninggakan kenangan yg manis tak dapat ku lupakan.

Time syariah nie yang bestnye ustaz2 selalu bg nasihat especially Al- Fadhil Ustaz Yaakob Ismail. Yg penting aku miliki buku yg ditranslatekannya, Kitab Usul- Fiqh, ayahku punye..Yaakob Mat Noor..Dah la nama sama lgla membakar semangat nak blaja. Sem dpn nak jumpe ustaz nak mintak sign autograph..Pasti. Insya Allah. Tapi ustaz nie bukannya ajar Usul- Fiqh tapi ajar Ayat dan Hadith Ahkam and Asab Al-Ikhtilaf. Banyak tol ilmu yg ku pelajari dan dapat dari subjek2 nie. Alhamdulillah..

Kali nie mmg nak cite sal Ustaz Yaakob jer.. Ustaz nie anggaran umur dalam 70 tahun lebih, lulusan Al-Azhar, batch sekali ngan Ustaz Hashim Yahaya, bekas mufti Wilayah Persekutuan. First time ustaz msk kelas, takut tol aku dgn ustaz nie, mcm garang and kurang sihat.. Bile dia ckp macam tak larat then bile dah mula cakap mcm tak nak benti n bile cakap dgn suara yg tinggi mulalah nak batuk2.. Aduh risola aku nie dalam hati kang takut ustaz sakit jantung tetibe dlm kelas nie..huhu... teringat plak kat wan kat kampong...Bile habis class berselisih ngan huda kat luar tue, “Nadiah cemana ustaz Yaakob mesti best kan?" Aku senyum jer dan angguk tanda setuju ..aku nak kejar gie kelas lain tue tak sempat nak sembg panjang..huhu..Tapi dalam hati huhu sian ustaz..Takper2 tgk kelas2 seterusnya..

Seperti yg dinantikan benarlah apa yg dikatakan oleh Huda itu.. Hehe..aku terhibur sendirian..

Hmm cuma di sini aku ingin sekali berkongsi ape yg selalu ustaz ingatkan dalam kelas kpd pembaca yg budiman.. moga sama2 kite ambil iktibar dan amalkan ..AMEEN..

Ustaz Yaakob mmg suka bg nasihat pd student2nye..macam ayah bagi nasihat pd anak2nya bagai terus masuk ke kalbu..

Tibe2 suatu hari ustaz sambil menggeleng2kan sambil dalam dialek Kelantannya “ Rugi bg siape yang tak solat dhuha, solat witir dan qiammullail, rugi seluruh hidup” sambil menggeleng2kan kepala sambil keluar dari kelas.. Aduh mmg terkena pdku ..bagai anak panah kena hatiku..Akulah org yg rugi itu..Huhu..Nasihat itu cukup bermakna bg diriku insan yg kerdil..

Ustaz Yaakob bgku bkn sembarangan org..Pernah satu hari dalam kelas Ustaz Hashim Yahaya, kelas Fiqh Muqaran, Ustaz Hashim ada cerita yg Ustaz Yaakob tu kaki masjid.. Dalam hatiku, benarlah ape yg dikatakan oleh Ustaz Yaakob selaku org yg berpengalaman dalam hidup.. Nak jer aku catit ape shj nasihat yg diberikan olehnya. Aku pasti..

Satu lg nasihat ustaz pada kami sambil geleng2 kepalanya dgn dialek Kelantannya, “ Tak guna jadi org Islam kalau sibuk ngan hal dunia dan tak sempat baca ayat quran walau sebaris pun.. Tak guna jd org Islam”.. Nasihat ikhlas daripada guru kpd anak muridnya.. Dalam hatiku,mg Allah merahmati Ustaz.. Ustaz mmg tak jemu bg nasihat pd anak muridnya.
Ader skali tue ustaz cite kisah dia dulu2 time kat Al-Azhar “Ana dulu.. kalu ana rindu...kat tunang ana, ana baca Yaasin walaupun ana tak kenal sape tunang ana, Hahaha” Ustaz gelak… Waaa..nganga mulut kiteorg sambil ada bunyi.. “OOOOOooo” dalam hati nie mak oii kalu aku bace Yaasin bile org tgh nazak, tuk jenazah, bace quran, takpun bace time khamis malam jumaat. Mesej yg aku dapat biarlah sesuatu hubungan tue perantaranya adalah Allah. Kite merancang, Allah merancang. Tapi sebaik2 perancang adalah Allah. Mudah2an sgl yg dirancangkan selari dgn rancangan Allah Maha Besar. Ameen.. Kenalah jaga bebaek..

Ustaz jugak selalu ingatkan tuk student pompuan supaya selalulah berdoa setiap kali lepas solat supaya dikurniakan lelaki yg soleh. Tersenyum jer kami nie.. Aku terus berdoa..

Tahun nie ustaz buat haji ngan isterinya, Sebelum ustaz berangkat ke Tanah Mekah dan sblm final xm ustaz ader janji “Ana akan doakan semua anak murid ana akan kawen dan dapat jodoh secepat mungkin”. Kami..AMEEN ..senyum…

Ni baru cerita Ustaz Yaakob Ismail..sbnarnya banyak lg yg dinasihatkannya..Moga kite dapat iktibar dari nasihat dan pengalaman dari Ustaz.. Marilah sama2 kite ke arahnya dan mencari redho- Nya..
"BANYAKAN SENYUMAN"

8/2/09

Berita : Yasmin Ahmad meninggal dunia


Saya memetik berita dari Utusan Malaysia ini kerana kita dikejutkan dengan berita Yasmin Ahmad, Pengarah filem dan iklan yang terkenal, 51 terkena strok ataupun angin ahmar.. Tiada sebarang petanda seseorang itu akan terkena angin ahmar. Sungguh dahsyat penyakit ini sehingga tiba2 seseorang itu hilang kawalan lalu jatuh dan boleh membawa kepada kematian.. Kita hanya boleh berdoa agar kita mendapat keberkatan umur dan diakhiri dengan husnul khotimah.. Insya Allah.. :-)
Untuk Allayarhamah Yasmin Ahmad moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di dunia sana dan takziah buat keluarganya atas ketiadaan beliau. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun..

Yasmin Ahmad meninggal dunia
26/07/2009 12:39am

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.


Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.


Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

Sejarah Angin Ahmar dan Doa

Dipetik dari buku DOA-DOA KUBRA & FADILATNYA
Penulis Drs. Hj. Hanafi Mohamed, MA
Penerbit : Al- Hidayah
Bulan lepas semasa cuti semester saya terpanggil untuk membaca buku doa ini di rumah ..sebabnya dalamnya hanya terkandung 5 doa tapi agak teballa pulak ..ada la dalam 67 m.s.
Antara 5 doa ini termasuklah:
1. Doa Nurun Nubuwwah
2. Doa Akasyah
3. Doa Kanzul 'Arasy
4. Doa Ar- Rihul Ahmar
5. Doa Istighfar Kubra
Banyak fadhilatnya setiap doa nie dan setiapnya pulak ada asbab nuzul masing2. Biasanya hanya ada tajuk dan doa je. Saya sangat tertarik dengan membaca baca sejarah wujudnya angin ahmar. Rupa2nya begini ceritanya. Saya je yang tak tahu. Selalu dengar ada org kena angin ahmar/ strok seluruh badan/ separuhla/ certain anggota. Hmm...cuma persoalan saya di sini .. penulis tidak menyatakan sumber sanad dan matan periwayatan hadith ini dari mana puncanya. Aiyoo..rugila pulak tak tahu nie.. sejauh mana kesahihannya.. Tapi bersyukur boleh tau sejarahnya..Alhamdulilah :-) Hmm kena tengok website Darussyifa rasanya nanti. Andai ada sesiapa terbaca blog ini bolehla gitau saya yer kalu tahu. Selamat membaca doa. Moga kite terselamat dari bencana Angin Ahmar ini. Wallahu A'lam.
Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya maka melalui Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s.. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba terlintas dalam hatinya siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Dengan takdir Allah, pada ketika itu menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang dengan sinaran mata yang berapi-api. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Rihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari segala penyakit yang lain yag ada di dunia ini.

Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal. Nabi Sulaiman a.s. segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Rihul-Ahmar itu; namun lembaga itu berkata bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilangkan dirinya.

Angin Ahmar muncul kembali di zaman Nabi Muhammad SAW hingga ke zaman sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, Angin Ahmar pernah menyerang cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali sehingga keluar darah dari rongga hidungnua. Ketika itu turun Malaikat Jibril a.s dan memberitahu baginda bahawa cucunya terkena penyakit Angin Ahmar, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa yang mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya.

FADHILATNYA

1.Selamat Dari Terkena Penyakit

Barangsiapa membaca doa Angin Ahmar ini walaupun sekali dalam seumur hidupnya. insya Allah nescaya terselamat dari terkena penyakit Angin Ahmar atau Angin Merah.

2. Selamat Dari Mengalami Penyakit Angin Ahmar Dari Berterusan.

Diriwayatkan bahawa ketika cucunda Rasulullah SAW membaca doa Angin Ahmar dengan sebentar sahaja sembuhlah Saiyidina Hassan, dapat bangun dan berdiri serta hilang dari sakit yang dialaminya. Baginda lalu menyuruh pada sahabatnya agar membaca doa ini dan mengajarkan Doa ini kepada umat Islam.

Barangsiapa yang pernah mengalami penyakit Angin Ahmar, maka hendaklah sentiasa membaca doa ini agar dapat diringankan atau disembuhkan dengan izin Alla.

Cara lain untuk merawat penyakit Angin Ahmar ialah dengan menulis seluruh Doa tersebut dengan dakwat yang bersih pada cawan atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum, disapu atau diusap pada seluruh anggota badan yang terkena penyakit tersebut atau dibuat mandi.

Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR












Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
Dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah;Tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.


Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…

7/26/09

Syariah is my choice..;-)

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya aku masih lagi dikurniakan nikmat iman dan ihsan (ni ayat copy and paste time kat KISAS dulu) masih hidup ke hari ini..masih mampu meneruskan pengajianku di bumi UIA ini ..atau dikenali sebagai Taman Budi dan Ilmu...Next week adalah minggu ketiga..belajar Shariah (LLB_S) Semester 1 2009/2010...jadi tinggal lagi 11 minggu ke penghujung semester ini..dengan berbaki masa yg ada ini harapnya aku dapat memanfaatkan masa dgn belajar subjek syariah dgn baik..

Intro sikitlah belajar syariah ni cemana…
Best sgt..blaja tak stress langsung memandangkan yg mengajar adalah ustaz-ustaz..Tapi bukan calang2 org jugak..yang ajar kiteorg nie..ada bekas mufti KL dan ada yg Dato’2.phuh betol.arab pun cayaq.. Adoi tapi yg segannya..tak pandai cakap arabla..huhu..nila kelemahan ku..kecut jugak bile lecturer tanya (ma taqul- ape pendapat kamu sambil menuding ke arah kite)..ape nak jawab semua ilang..huhu..
Dalam kelas kami semuanya ada 36 org ..7 lelaki dan 29 perempuan
Class Rep : Abg Ubaidillah
Assistant : Kak Bil
Treasurer : aku sendiri ..duk keje mengutip duit...(sape nak bayar meh sini) dan pulangkan duit..hehe..tak susah sgt jd bendahari dalam kelas syariah student nie..semua ringan tangan membayar dan tolong peringat balance.. lagipun budak2 syariah..inshaAllah mesti boleh percaya..minggu ketiga boleh setel punye semua pembayaran nie..InshaAllah..

Ada 6 subjek yg best2 belajar sem nie..kene bercinta dulu ngan subjek nie..hehe baru mdh sikit rasenye..

1. Usul Fiqh 5
2. Asbab Ikhtilaf
3. Nusus Fiqhiyyah
4. Fiqh Al- Muqaran
5. Ayatul Ahkam Wa Ahadithuha
6. Nizhom Al- Qodo’

Hmm sepanjang 2 minggu ni..even sekejap..tapi banyak benda yg telah belajar dengan syariah.. Biasala makin belajar makin banyak yg kite tak tahu..kire skrg ni macam mendalami Al- Quranul Kareem dan Sunnah Rasulullah SAW .. Bak kate org2 dulu belajar kitab2 kuning..tapi sekarang nie dah canggih..kitab kuning pun dah jadi putih.. bile potostat kuning jadi putih plak..siap ada hard cover yang cantek2..lagi menarik...:-)

Sekarang, kena wat revision balik dgn subjek2 yg blaja time 1st year dulu (Usul Fiqh) sebabnya ustaz selalu tanya balik .. “ Ma taqul” sampaila ade org yg berjaya menjawab soalan tu..adoi..yg pentingnya kena wat sesuatu balik..

Pelajar syariah di UIA nia makin lama makin sikit bilangannya..dari 2-3 kelas..sekarang hanya tinggal sekelas sahaja.. ada pendapat mengatakan degree syariah kat UIA nie tak laku..hehe.ade ke pulak cenggitu..malah dah establish lama dah 10 tahun dahulu pun dah ader..mungkin ada salah faham degree syariah di recognized di Malaysia..cuma isunya apabila nak digunakan untuk amalan guaman di sesetengah negeri

1. memerlukan DSLP (diploma syariah in legal practice )..seperti Selangor, N9..
2. ader juga yg hanya memerlukan LLB sahaja and ada xm ..
3. ada juga memerlukan Syariah sahaja dan exam bagi melayakan menjadi peguam syariah..(Kelantan dan kedah)

Hmm itu untuk isu syariah UIA...

Hakikatnya degree LLB_S sudah lama pun di"recognized" malah tmpoh pengajian lebih menjimatkan hanya belajar selama 2 semester panjang..tambah LLB n LLB_S sama dengan 5 tahun.. Cuma skrg nie isunya nak pendapat samataraf dgn DSLP ..mmg tak dapat lagi.. Hmm..jadi ramaila student syariah yg ambil keputusan untuk stop sampai degree LLB sahaje..dan buat DSLP..ader yg dapat tawaran keje..tgh2 ekonomi gawat saper nak lepas peluang.. Ade lepas belajar nak terus kerja n kawen.. Tepuk dada tanyalah nak sambung ka tak nak.. :-)
Hakikatnya..masing2 ader rezeqi dan cita2 masing2…

Anyway all da best sahabat2 ku di mana sahaja kalian berada.moga sentiasa diberkati, dirahmati dan diredhoi Allah selalu… Amin..

Hakikatnya yang sebenar..dalam pepatah hikmat arab
"Al-Ilmu bi La Amalin Kasyh Syajari bi La Thamarin"- takde font arabla plak..
maksudnya;
"Ilmu tanpa amal seumpama pohon yg tidak berbuah"

Marilah bersama2 kita amalkan dan realisasikannya..:-)

7/12/09

Muhyiddin: PPSMI gugat prestasi siswa

Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/108232

Jul 10, 09 3:59pm
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menggugat prestasi mahasiswa dalam bidang sains serta profesional.Beliau juga dipetik sebagai berkata sebelum PPSMI dilaksanakan, ramai pelajar berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, "bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya."Menteri pelajaran hari ini bagaimanapun berkata perubahan dasar itu - seperti di peringkat sekolah yang diumumkan beliau kelmarin - terserah kepada Kementerian Pengajian Tinggi, lapor Bernama."Di peringkat Tingkatan Enam... matrikulasi, memang komponen bahasa Malaysia itu digunakan di samping di situ juga terdapat kekuatan dalam bahasa Inggeris."Kita serahkan kepada (kementerian) Pengajian Tinggi untuk menentukan bagaimana caranya supaya proses itu akan sampai ke peringkat tertinggi walaupun di universiti sudah banyak terdapat penggunaan bahasa Inggeris."Kita mahu kemahiran berbahasa Inggeris (oleh pelajar) di peringkat itu mahir tetapi tidak mengetepikan kekuatan bahasa kebangsaan," beliau dipetik berkata.Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, diminta mengulas gesaan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) supaya dasar itu dimansuhkan secara menyeluruh termasuk di peringkat universiti - tidak seperti keputusan kerajaan yang hanya menghapuskan PPSMI di peringkat sekolah pada 2012. Keputusannya tidak dibuat secara terburu-buru dan gopoh, katanya lagi, tetapi setelah menimbang faktor yang penting untuk meningkatkan Bahasa Inggeris yang memerlukan persiapan sempurna dalam tempoh dua setengah tahun akan datang.Persiapan ini, menurut agensi berita itu lagi, termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir."Kita telah mengambil kira tempoh masa itu untuk membuat persiapan yang sempurna. Tidak boleh tergopoh-gapah dalam soal pendidikan ini. "Saya faham pejuang-pejuang bahasa ini kalau boleh esok mahu mulakan. Tetapi kita perlu realistik dan sebab itu kita menganjurkan tempoh itu," katanya selepas satu program di Kolej TAR di Kampar.Muhyiddin berkata tempoh dua setengah tahun sebelum PPSMI dimansuhkan mencukupi untuk membuat persiapan kerana "kerajaan tidak mahu mengulangi masalah sama ketika melaksanakan dasar tersebut sebelum ini".
komen:
...bagusla..harapnya kualiti pendidikan dari segi tenaga pengajar, pelajar dan kemudahan dapat dapat ditingkatkan dalam tempoh 2 tahun ini..tunggu dan lihat..
...kepada pelajar yg mengharungi PPSMI dalam tempoh 2 setengah tahun harapnya tabah meghadapinya dengan tabah..
..pejuang2 bahasa nie dah lama duk pike masalah PPSMI sejak zaman Tun Mahathir lagi cuma kerajaan nie lambat bertindak..saper yg tak realistik pun tak pasti ..awal2 dulu ..hari nie putus tahun depan laksana..adoi..mangsanya rakyat..walaupun terlalu ramai yg membankang..nak wat cemana zaman tue..jawabnye masuk ISA la...
..bila jadi camni mmgla ramaila menyokong sejak dari dulu lagi..saya pun menyokong..
Hakikatnya Bahasa Inggeris mmg pengunaannya global dan penting..tetapi perlaksanaannya bukan dengan melaksanakn PPSMI..ada matapelajaran BI..gunakanlah dan perkasakan matapelajaran tersebut..Pelajar di sek rendah dan menengah tak mampu menggunakan BI untuk memahami sesuatu konsep berbanding pelajar di universiti.. Kita akan lebih faham konsep apabila belajar dgn bahasa kite.. Perkara nie disokong oleh bangsa cina dan india..nak tanya sources..carila sendiri yek..hehe..
"BAHASA JIWA BANGSA"
"KE ARAH MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN dan MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS"

7/7/09

PERLUKAH ADA YG TERKORBAN DEMI PERLAKSANAAN DASAR KERAJAAN..ADOI!!

Kebiasaan kalu saya cuti semester apabia saya balik ke kampung saya di kedah saya akan ziarah sedara- mara yg duk dekat2. Satu hari saya pergi menziarah Mak Lang Syah (sepupu mak) dengan 2 org anak sedara yg baru balik dari oversea (bdk2 nie mmg cakap BI la) ini diolognya..

(Saling bertanya khabar..semua baik alhamdulillah..)

Saya : Apa khabar anak mak lang semua sihat..

ML : Alhamdulillah smua sihat. Kecik2 dah Pandai bdk2 nie cakap BI.

Saya: Ikut mak ayah dia gi UK , pandaila cakap.

ML : Cuma ML tengah geram ngn sedih dengan cikgu bahasa inggeris si Adam nie.. tahun depan nak UPSR..belajar dah sampai bulan 5 darjah 5..tapi latihan dalam buku..baru 5 helai..ishk2.

Saya : Adam nakal tak buat keje rumah kut.

ML : ML mmg selalu cek buku dia..dia mmg buat homework.. yg lain okayla.. tak der masalah..cume BI jer. Maklumla..BI nie penting..ML dah gie jumpe sendiri ngan cikgu b.inggeris..dia kata ini semua belajar yg dalam syllabus dalam buku teks.tapi takkan dari darjah satu sampai darjah 5 asik belajar verb (is,was,are,were) patutla tak berkembang budak2 nie. Kite yg belajarla BI takat SRP dulu..taula sikit2..belajar bahasa arab pun sama ngan b.inggeris bile ade tenses berubah cth dahola (entered ), yadhulu (enter) nak tunjukkan penggunaan masa tue. Nie.belajar benda tue..perkataan2 pun tak banyak pun ajar..

Saya : Betol2.

ML : Yang nie yg sedih, napelah cikgu2 kat kampong macam nie.

Saya : Patutnya cikgu kampong kena lebih usaha daripada di bandar..almaklumlah tugas cikgu nie mendidik anak bangsa. Kena pandai pelbagaikan teknik pengajaran..bagi budak2 tue seronok belajar.Adoi kalu camnie macam mana nak wat sains ngan matematik dalam BI. Merosotla budak2 nie.

Perbualan panjang lagi tapi nak tekankan di sini, di mana kualiti tenaga pengajar di kampung.

Ini baru jer satu citer..tak dengar citer lain.

Persoalan; Perlukah ada mangsa yg terkorban demi mencapai dasar baru kerajaan yang saya pasti beberapa tahun lagi akan berubah. Dasar yg dilaksanakan kurang berkesan rupe2nye. Nampak sangat tiada keseriusan kerajaan dalam mengatasi masalah yg sebenar dari akar umbi..

Renung-renungkanlah..

Sebenarnya bahasa nie bukan boleh pandai setahun dua..bertahun2 pun kalu balajar..tapi kalu sistemnya salah tak pandaila sampai ketua juga ..language ni is a matter of practice and study..tak perlula..semua subjek nak di jadikan dalam bahasa inggeris...math n science pun sebenarnya tak perlu dalam bahasa inggeris sebabnya DBP dah bertungkus lumus sejak 6 tahun dahulu sebelum perlaksanaan PPSMI nie..maka pada ketika itu BM akan menjadi bahasa yg unggul ..bahasa yg membentuk identiti kite..bahasa yg lemah lembut..bahasa adalah jiwa bangsa..bahasa yang menyatupadukan rakyat malaysia suatu ketika dahulu..

Cubelah 6 tahun dahulu diperkenalkan satu sistem pengajaran dan pembelajaran dalam english yg lebih efektif dengan cara teknik yang betul ...serta tak perlu kepada perlaksanaan PPSMI..saya rasa lebih berjaya..pastinya tidak ada yg terkorban..inshaAllah..

Sampai sekarang aper terjadi tengokla seperti dialog di atas..tak tanye masalah sosial dan akhlaq pelajar lagi..ishk2..tepuk dada tanyalah..sejauh mana ikhlasnye perlaksanaannya...

Saya nie pernah ke Beijing ada lawatan sambil belajar..bangganya menjadi rakyat cina..di sana sini ada bagunan yang mana reka bentuknya melambangkan kemegahan cina..iklan2 pun dalam bahasa cina..di malaysia kat KL/Putrajaya mana yer...reka bentuk bangunan semua dah moden ikut reka bentuk seni negara2 lain..INILAH MALAYSIA...nak tgk?? balik kampung tu pun kalu aderla..tgk muzium ker..inshaAllah ada..

20 akan datang..isu malu nak bertutur dalam bahasa malaysia?..anak cucu semua sudah berbahasa inggeris..malu nak berbahasa melayu..sebab kite ni dah dimomok2kan nanti dikatakan kolot..ketinggalan...erm..tak payah tunggu sekarang pun dah rasa dah..pada hal duk kat negara sendiri.. ISU 40 TAHUN AKAN DATANG BAGAIMANA NAK MEMBUDAYAKAN BAHASA MALAYSIA PULAK TIMBUL!! siapa tahu...negara kite dah dikuasai bahasa penjajah..huhu..di mana identiti kite..semasa itu..

Tinggalla bahasa MALAYSIA hanya di dalam buku...adoi sedeynye..MALAYSIA pun akan bertukar nama menjadi aper pun tak tau..dah semua nak tukar..Waallahua'lam...rasenya tak kut..

Hakikatnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia adalah ilmu Allah..Terokailalah sebanyak ilmu yg boleh dan mampu dicari..selagi hayat dikandung badan..Wallahu A'lam





6/30/09

REJAB 1430H yang lebih bermakna

Assalamualaikum wbt..

Salam Rejab 1430H .. sedar2 dah bulan rejabkan.. ade seorg teman rapat saya memberikan msg kpd saya;

"Allah never refuses for those on the first night of Rejab which is tonight. So lets put our hands together and beg Him and cry to him as children cry to parents and doa for our needs not forgetting the hereafter and our parents"...

Anyway, thank you for da very important msg for me..mmg tak ingat pun..tau nak dekat..tapi mmg tak sangka esoknye..itulah..pentingnya sahabat di kala kite terluper..:-)

Berbalik pada amalan bulan Rejab...banyak keistimewaan dan fadhilatnya..sebab bulan Rejab nie bulan Allah..

Kita biase dgr hadith Rasulullah SAW : Bulan Rejab Bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.

Tepuk dada, tanya iman.. si penulis nie lagila terasa..hmm..insha Allah..nak mula hari khamis nie...inshaAllah satu family kat rumah nie nak pose..

Di kesempatan yg masih ada..marilah kite merasai kelazatan melakukan amalan2..untuk persediaan kite menghadapi Ramadhan yg akan datang yang tak berapa lama..jangan jadi macam pejam celik..pejam celik esok Ramadhan..

Jangan membuang masa lagi ...Fastabiqul Khairat...

Semoga rejab tahun ini lebih bermakna untuk kita semua dari tahun2 yg lepas..insha Allah..;-)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini