Dengan takdir Allah, pada ketika itu menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang dengan sinaran mata yang berapi-api. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Rihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari segala penyakit yang lain yag ada di dunia ini.
Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal. Nabi Sulaiman a.s. segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Rihul-Ahmar itu; namun lembaga itu berkata bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilangkan dirinya.
Angin Ahmar muncul kembali di zaman Nabi Muhammad SAW hingga ke zaman sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, Angin Ahmar pernah menyerang cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali sehingga keluar darah dari rongga hidungnua. Ketika itu turun Malaikat Jibril a.s dan memberitahu baginda bahawa cucunya terkena penyakit Angin Ahmar, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa yang mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya.
FADHILATNYA
1.Selamat Dari Terkena Penyakit
Barangsiapa membaca doa Angin Ahmar ini walaupun sekali dalam seumur hidupnya. insya Allah nescaya terselamat dari terkena penyakit Angin Ahmar atau Angin Merah.
2. Selamat Dari Mengalami Penyakit Angin Ahmar Dari Berterusan.
Diriwayatkan bahawa ketika cucunda Rasulullah SAW membaca doa Angin Ahmar dengan sebentar sahaja sembuhlah Saiyidina Hassan, dapat bangun dan berdiri serta hilang dari sakit yang dialaminya. Baginda lalu menyuruh pada sahabatnya agar membaca doa ini dan mengajarkan Doa ini kepada umat Islam.
Barangsiapa yang pernah mengalami penyakit Angin Ahmar, maka hendaklah sentiasa membaca doa ini agar dapat diringankan atau disembuhkan dengan izin Alla.
Cara lain untuk merawat penyakit Angin Ahmar ialah dengan menulis seluruh Doa tersebut dengan dakwat yang bersih pada cawan atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum, disapu atau diusap pada seluruh anggota badan yang terkena penyakit tersebut atau dibuat mandi.
Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.
DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…