7/7/09

PERLUKAH ADA YG TERKORBAN DEMI PERLAKSANAAN DASAR KERAJAAN..ADOI!!

Kebiasaan kalu saya cuti semester apabia saya balik ke kampung saya di kedah saya akan ziarah sedara- mara yg duk dekat2. Satu hari saya pergi menziarah Mak Lang Syah (sepupu mak) dengan 2 org anak sedara yg baru balik dari oversea (bdk2 nie mmg cakap BI la) ini diolognya..

(Saling bertanya khabar..semua baik alhamdulillah..)

Saya : Apa khabar anak mak lang semua sihat..

ML : Alhamdulillah smua sihat. Kecik2 dah Pandai bdk2 nie cakap BI.

Saya: Ikut mak ayah dia gi UK , pandaila cakap.

ML : Cuma ML tengah geram ngn sedih dengan cikgu bahasa inggeris si Adam nie.. tahun depan nak UPSR..belajar dah sampai bulan 5 darjah 5..tapi latihan dalam buku..baru 5 helai..ishk2.

Saya : Adam nakal tak buat keje rumah kut.

ML : ML mmg selalu cek buku dia..dia mmg buat homework.. yg lain okayla.. tak der masalah..cume BI jer. Maklumla..BI nie penting..ML dah gie jumpe sendiri ngan cikgu b.inggeris..dia kata ini semua belajar yg dalam syllabus dalam buku teks.tapi takkan dari darjah satu sampai darjah 5 asik belajar verb (is,was,are,were) patutla tak berkembang budak2 nie. Kite yg belajarla BI takat SRP dulu..taula sikit2..belajar bahasa arab pun sama ngan b.inggeris bile ade tenses berubah cth dahola (entered ), yadhulu (enter) nak tunjukkan penggunaan masa tue. Nie.belajar benda tue..perkataan2 pun tak banyak pun ajar..

Saya : Betol2.

ML : Yang nie yg sedih, napelah cikgu2 kat kampong macam nie.

Saya : Patutnya cikgu kampong kena lebih usaha daripada di bandar..almaklumlah tugas cikgu nie mendidik anak bangsa. Kena pandai pelbagaikan teknik pengajaran..bagi budak2 tue seronok belajar.Adoi kalu camnie macam mana nak wat sains ngan matematik dalam BI. Merosotla budak2 nie.

Perbualan panjang lagi tapi nak tekankan di sini, di mana kualiti tenaga pengajar di kampung.

Ini baru jer satu citer..tak dengar citer lain.

Persoalan; Perlukah ada mangsa yg terkorban demi mencapai dasar baru kerajaan yang saya pasti beberapa tahun lagi akan berubah. Dasar yg dilaksanakan kurang berkesan rupe2nye. Nampak sangat tiada keseriusan kerajaan dalam mengatasi masalah yg sebenar dari akar umbi..

Renung-renungkanlah..

Sebenarnya bahasa nie bukan boleh pandai setahun dua..bertahun2 pun kalu balajar..tapi kalu sistemnya salah tak pandaila sampai ketua juga ..language ni is a matter of practice and study..tak perlula..semua subjek nak di jadikan dalam bahasa inggeris...math n science pun sebenarnya tak perlu dalam bahasa inggeris sebabnya DBP dah bertungkus lumus sejak 6 tahun dahulu sebelum perlaksanaan PPSMI nie..maka pada ketika itu BM akan menjadi bahasa yg unggul ..bahasa yg membentuk identiti kite..bahasa yg lemah lembut..bahasa adalah jiwa bangsa..bahasa yang menyatupadukan rakyat malaysia suatu ketika dahulu..

Cubelah 6 tahun dahulu diperkenalkan satu sistem pengajaran dan pembelajaran dalam english yg lebih efektif dengan cara teknik yang betul ...serta tak perlu kepada perlaksanaan PPSMI..saya rasa lebih berjaya..pastinya tidak ada yg terkorban..inshaAllah..

Sampai sekarang aper terjadi tengokla seperti dialog di atas..tak tanye masalah sosial dan akhlaq pelajar lagi..ishk2..tepuk dada tanyalah..sejauh mana ikhlasnye perlaksanaannya...

Saya nie pernah ke Beijing ada lawatan sambil belajar..bangganya menjadi rakyat cina..di sana sini ada bagunan yang mana reka bentuknya melambangkan kemegahan cina..iklan2 pun dalam bahasa cina..di malaysia kat KL/Putrajaya mana yer...reka bentuk bangunan semua dah moden ikut reka bentuk seni negara2 lain..INILAH MALAYSIA...nak tgk?? balik kampung tu pun kalu aderla..tgk muzium ker..inshaAllah ada..

20 akan datang..isu malu nak bertutur dalam bahasa malaysia?..anak cucu semua sudah berbahasa inggeris..malu nak berbahasa melayu..sebab kite ni dah dimomok2kan nanti dikatakan kolot..ketinggalan...erm..tak payah tunggu sekarang pun dah rasa dah..pada hal duk kat negara sendiri.. ISU 40 TAHUN AKAN DATANG BAGAIMANA NAK MEMBUDAYAKAN BAHASA MALAYSIA PULAK TIMBUL!! siapa tahu...negara kite dah dikuasai bahasa penjajah..huhu..di mana identiti kite..semasa itu..

Tinggalla bahasa MALAYSIA hanya di dalam buku...adoi sedeynye..MALAYSIA pun akan bertukar nama menjadi aper pun tak tau..dah semua nak tukar..Waallahua'lam...rasenya tak kut..

Hakikatnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia adalah ilmu Allah..Terokailalah sebanyak ilmu yg boleh dan mampu dicari..selagi hayat dikandung badan..Wallahu A'lam





No comments:

Post a Comment